Ciri-ciri ideal avokado Pokok Avokado

Ciri-Ciri buah avokado yang dikehendaki oleh pengguna mestilah buah yang bersaiz kecil dan saiz sederhana untuk pengeluaran secara komersial di kawasan kotaraya. Buah yang terlalu besar atau terlalu kecil digunakan untuk tempatan bagi keluarga yang besar. Kulit buah avokado sebaiknya licin, nipis atau sederhana nipis serta berwarna kehijauan memang diminati pengguna. Isinya tidak ada serat, mengandungi minyak yang rendah serta rasa yang sedap. Biji sebaiknya bersaiz kecil dan tidak mengganggu isi buah semasa proses penghantaran, penggredan dan pengendalian lepas tuai. Tidak ada ruang antara biji dengan isi. Buah mesti tahan suhu dingin dan tanah lasak.

Pokok sebolehnya tidak terlalu tinggi dan sesuai ditanam dan tidak terlalu padat atau merimbun. Penghasilan buah sebaiknya cepat dan kurang diserang sebarang penyakit seperti mati pucuk dan tahan cuaca sejuk terutama di kawsasan sub-tropika. Jika cuaca terlalu sejuk serta berangin akan menjejaskan proses pendebungaan pokok avokado. Buah muda juga akan gugur jika cuaca terlalu sejuk - 1 celcius. Hanya beberapa negara sahaja di dunia yang mempunyai iklim dan cuaca dikehendaki untuk tanaman avokado bermutu iaitu di Selatan Sepanyol, Crete dan Levant, Peru dan Afrika Selatan. Kawasan lain yang sesuai seperti di Selatan India, Sri Lanka, Australia, New Zealand , Filipina, Malaysia, Indonesia, Amerika Tengah, Caribean, Arizona, Mexico, New Mexico, Texas, Florida dan Ecuador. Setiap kawasan mempunyai kultivar tersendiri.